Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani( Al-Faatihah 1:1 )

Saturday, November 1, 2014

JAMBORI AMAL MALAYSIA KALI KE 21 DI KEDAH(part 1)

Bismillahhirahmannirahim.....

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Semoga baik2 sahaja...hari ni admin berada di tapak jambori amal malaysia,bertempat di  padang terap kedah,sebenarnya admin sangat teruja dengan para peserta yang hadir pada jambori kali ni...alhamdulillah walaupun dugaan datang menimpa kami semua,tetapi kami semua rehda dengan ketentuan ILAHI ...




Admin punya teruja sampai tak boleh tido dibuatnya,hanya Allah sahaja yang tahu bertapa seronok hati ni...

Admin tak boleh tido bukan sebab nyamuk ka apa ka...sebab hati ni bertapa seronok sangat...

Rasanya cukup kot admin kongsi untuk ni kan...
Sat g depa jemu la pulak nak baca panjang sangat kan...

Akhir kata dari admin HIJAU ITU BUMI TUHAN terima kasih buat pembaca blog admin....sekian walsalam...

Sunday, September 28, 2014

Aktiviti hujung minggu

Assalammualaikum selamat berhujung minggu....

Alhamdulillah la admin dapat luangkan masa untuk mengisi masa yang terlebih ni,untuk menulis benda yang tak masuk akal...



Sebenarnya admin dah lama tak menaip(blogging) hari ni saja gatai pungkoq nak menaip...bukan apa takut ada yang merindui admin ni HAHAH...boleh tara tu??


Teringat masa admin mula2 main blog ni...serius memang jakun sat main natang ni...tapi bila lama2 rasa jakun tu hilang sat...

HAHAHAH

Cukup la apa yang ada sekarang...

Ok la cukup la sampai sini...ni pun update sebab blog Hijau Itu Bumi Tuhan dah berkubur tanpa batu nesan...

Rasa tak payah taip banyak2 sangat sat g hampa bosan pulak nak baca kan...heheh

Wednesday, December 18, 2013

admin terlalu sibuk dengan kerjaya

Bismillahhirahmannirahim....


Assalammualaikum selamat petang semua follower TH..


Alhamdulillah masih di beri perluang untuk berblogging ni tetapi TH sangat sibuk dengan kerjaya yang ada sekarang...TH minta maaf sangat tak dapat nak blogging lagi dengan keadaan yang sangat sibuk....ada ke yang rindu TH ni??ok la kan ada yang rindu TH ni..HAHA serius TH tak sempat nak update blog TH ni baru di ubah suai dengan seorang blogger retis cik ayu bardydol ni...


lawa jugak hasil kerja dia ni...biasa la dia kan blogger retis opsss....heheh jangan marah ye...heheh

rasa nya da lama TH tak update blog Hijau Itu Bumi Tuhan rasa rindu nak blogging macam dulu....

rasa yang je kot TH nak kabo kat korang kan...









ok la setakat ni TH boleh update...kalau follower yang rindu TH boleh cari di wechat (norhisham90) Fb (Encik Angah) twitter (TuanHijau) yang baik datang dari Allah,yang buruk datang dari diri TH sendiri...sekian wasalam.....

Thursday, August 16, 2012

selamat hari raya dari TH



bismillahhirahmannirahim

assalammualaikum..

alhamdulillah masih di beri peluang untuk kembali kedunia blogging...

masih belum terlambat untuk TH(TuanHijau) mengucapkan selamat menyambut ramadhan al muburak dan selamat menyambut hari raya yang bakal tiba pada 19hb ni hari ahad kalau tak silap TH la...

masing2 sibuk dengan persiapan hari raya yang bakal tiba ni kan...

dengan kesempatan ni TH ingin memohon ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki jika ada tersalah bicara terkasar bahasa sehingga  menjadi satu dendem kepada TH kan...harap ada yang ampun TH jugak...


kalau yang belum bayar zakat fitrah tu bayar la sekarang ye...
seperti dalam satu hadits nabi

Diriwayatkan dari Ibnu umar r.a,ia berkata :
"Rasulullah telah mewajibkan zakat fithrah dari bulan Ramadhan satu sha' dari kurma , atau satu sha' dari sya'iir , atas seorang hamba, seorang merdeka ,laki-laki , wanita ,anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslimin" ( Hadits Riwayat Bukhari dan muslim)

TH alhamdulillah sudah keluarkan zakat fitrah ni...

NotaHijau :/ selamat hari raya aidilfitry kepada semua umat islam seluruh dunia dari TH sendiri...jangan lupa follow twitter TH ( @TuanHijau)





Saturday, June 2, 2012

12 pahala yang hanya untuk kaum wanita sahaja

Bismillahirrahmanirrahim


assalammualaikum hadirin dan hadirat semua..


Ada dua perkara yang melekat pada diri wanita.kemuliaan dan kerhormatan yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka,bila diterapkan secara  berkesan oleh kaum wanita akan semakin membuat mereka dihomati oleh kaum Adam.berikut ini la kemuliaan kaum wanita yang diberikan Allah.




1. seorang wanita yang soleh lebih baik daripada 70 orang wali atau lelaki soleh,tetapi seorang wanita yang buruk akhlaknya lebih buruk daripada 1000 lelaki yang buruk akhlaknya




2. seorang isteri yang pandai menhibur suaminya yang sedang dalam keadaan gelisah,ia akan mendapatkan pahala separuh dari pahala jihad




3. seorang wanita yang sedang hamil,lalu dia menunaikan solat 2 rakaat maka kebaikan yang diterimanya lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil




4. seorang wanita yang meninggal dunia dalam rentang waktu 40 hari setelah melahirkan anak,maka ia akan mendapat pahala seperti hanya seorang lelaki yang gugur syahid.




5. jika seorang anak menangis pada malam hari dan ibunya tidak memarahinya,bahkan memujuknya,ibu itu akan mendapat pahala ibadat.




6. jika pada malam hari seorang wanita tidak tidur kerana megurus anaknya yang sakit,Allah akan memberinya ganjaran sepadan dengan usaha memerdekakan 20 orang budak.




7. seorang wanita yang bangun pada malam hari untuk menyusui anaknya,maka Allah akan mengampuni dosa dosanya dan ia akan diberi pahala seperti pahala orang yang mengerjakan ibadat selama 12tahun.




8. apabila seorang wanita menyapu rumahnya sambil berdzikir,Allah akan memberikan kepadanya pahala seperti menyapu halaman di sekitar ka,bah.




9. seorang isteri yang memotivasi suaminya untuk berjuang di jalan Allah,dan ia ikhlas untuk menanggung barangkali penderitaan kerana ditinggal suaminya,maka Allah akan memasukkannya ke syurga 500 tahun lebih awal sebelum suaminya,dan wanita itu menanti di pintu syurga.




10. seorang wanita yang memerah susu lembu dan diawali dengan kalimat "Bismillahirrahmanirrahim",maka Allah akan memberi keberkahan rezeki bagi penduduk rumah tersebut.


11. seorang isteri yang mengerjakan solat,berpuasa dibulan Ramadhan dan menjaga amanah suaminya,maka Allah akan memasukkannya ke syurga dari pintu mana saja yang ia sukai.


12. ketika nanti di syurga,semua penghuni syurga akan menemui Allah dengan frekuensi tergantung dari kuantitas dan kualitas amalnya didunia.tapi bagi seorang wanita yang memelihara dirinya dari pandangan laki laki yang bukan mahramnya,Allah sendiri akan menemuinya.namum jika wanita itu memandang pria yang bukan mahramnya dengan pandangan yang mengundang syahwat,Allah akan mengutuk wanita itu.




nota hijau /: subhanAllah bertapa mulia nya kaum wanita yang Allah jadikan..tapi masih ramai yang tak tahu kemuliaan itu pada seorang wanita...





Friday, May 18, 2012

apa itu Al-Quran

Bismillahirahmanirrahim.. 

assalammualaikum wahai hadirin dan hadirat semua...


sebagai orang islam kita wajib baca Al-Quran dan memahaminya setiap ayat didalamnya


Al-Quran atau Quran (bahasa Arab: القرآن al-Qur'ān) ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.

Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan Kamilah yang akan menjaganya". (Al-Hijr 15:9)

Lafaz Al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah:

Sesungguhnya Kamilah Yang Berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (Surah Al-Qiyamah, 75:17-18)

Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Naas.

Nama-nama Al-Quran :

1. Al-Kitaab (اﻟﻛتاب) bermaksud sebuah kitab berdasarkan firman Allah:

Alif, Laam, Miim. Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa; (Surah al-Baqarah 2:1-2)

2. Al-Furqaan (ﺍﻟﻔﺮﻗﺎﻥ) bermaksud pemisah hak dan batil sebagaimana firman Allah:

Maha berkat Tuhan Yang menurunkan al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. (Surah al-Furqaan 25:1)

3. Adz-Dzikr (اﻟذﻛﺮ) bermaksud peringatan berdasarkan firman Allah:

Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya. (Surah al-Hijr 15:9)

4. At-Tanzil (ﺍﻟﺘﻨﺰﻳﻞ) bermaksud penurunan. Nama ini diambil sempena firman Allah:

Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah Yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. (Surah asy-Syuara 26:192)

Sifat Al-Quran : 

1. An-Nuur bermaksud cahaya yang menerangi kegelapan. Al-Quran disifatkan sebagai nur (cahaya) kerana ia memberikan cahaya keimanan kepada orang yang berada di dalam kegelapan serta kekufuran. Selain itu, al-Quran juga menjadi cahaya yang menerangi jiwa orang yang selalu membacanya dan menghayati isi kandungannya. Firman Allah:

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak). 
(Surah an-Nisaa' 4:174)

2. Al-Mubiin bermaksud menerangkan sesuatu. Al-Quran disifatkan sebagai penerang kerana ia menghuraikan ajaran Islam kepada seluruh umat. Firman Allah:

Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) Dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) Yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya. 
(Surah al-Maa'idah 5:15)

3. Al-Huda bermaksud petunjuk. Al-Quran disifatkan sebagai petunjuk kerana ia menunjukkan jalan yang lurus kepada umat manusia. Firman Allah:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (Surah Yunus 10:57)

4. Ar-Rahmah bermaksud kerahmatan. Allah menyifatkan al-Quran sebagai rahmat kerana ia membawa rahmat kepada orang Mukmin yang sentiasa membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya. Firman Allah:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (Surah Yunus 10:57)





dari google




setakat ni sahaja incik hijau boleh bagi tahu...jika ada lagi ilmu incik hijau akan share di wall facebook dan twitter ataupun di sini la..

nota hijau/: pahami setiap ayat di dalam Al-Quran,kalau satu huruf ayat Al-Quran di baca Allah memberi sepuluh pahala betapa besar nya ganjaran..selamat beramal semua reader..




Friday, May 11, 2012

keutaman pada hari jumaat

Bismillahirahmanirrahim.. 

Assalammualaikum dan salam jumaat kepada semua pembaca blog...

hari jumaat adalah raja segala hari atau penghulu hari...



Hari Jum’at memiliki beberapa keutamaan sebagaimana terdapat dalam beberapa hadis Nabi, diantaranya: 


Pertama. Hari Jum’at adalah hari yang paling utama diantara hari-hari lainnya. 


Kedua. Nabi Adam Alaihissalam diciptakan pada hari Jum’at dan pada hari ini pula diwafatkan. Pada hari ini ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari ini pula dikeluarkan dari syurga. 


Ketiga. Hari kiamat akan terjadi pada hari Jum’at.

[3] Abu Hurairah Radhiyalahu 'anhu meriwayatkan, bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة .

"Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jum’at; pada hari ini Adam as diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari ini pula ia dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.[HR Muslim, no. 854]

Dalam riwayat Aus bin Aus Radhiyallahu 'anhu dengan lafal:

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ قُبِضَ، وَفِيْهِ النَّفْخَةُ، وَفِيْهِ الصَّعِقَةُ .......

"Sesungguhnya seutama-utama hari kalian adalah hari Jum’at ; pada hari ini Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini pula ia dimatikan, pada hari ini ditiupkan sangkakala (tanda kiamat), dan pada hari ini pula hari kebangkitan"

[4] Keempat. Hari Jum’at merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى.
"Kita adalah umat yang datang terakhir tapi paling awal datang pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menyebut hari Jum’at). Maka hari (Jum’at) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani".[HR Muslim, no. 855]

Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu 'anhu dengan lafadz:

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.
Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jum’at, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jum’at. Maka Allah menjadikan hari Jum’at, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk" [HR Muslim, no. 856]

Kelima. Pada hari Jum’at ini terdapat saat-saat terkabulnya do’a, terutama pada akhir-akhir siangnya setelah Ashar. Berdasarkan riwayat dari Abu Hurairah bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ لَسَاعَةً لاَ يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ قَائِمٌ يُصَلِّيْ يَسْأَلُ اللهَ خَيْراً إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، قَالَ: وَهِيَ سَاعَةٌ خَفِيْفَةٌ.

“Sesungguhnya pada hari Jum’at ada saat-saat, iaitu seorang muslim tidaklah ia berdiri sholat dan meminta kebaikan kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya.” Lalu Beliau berkata,”Dan saat-saat tersebut adalah saat yang singkat.” [HR Muslim, no. 852] Dalam riwayat Jabir Radhiyallahu 'anhu Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً لاَ يُوْجَدُ فِيْهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوْهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ. "

(Siang) hari Jum’at itu dua belas jam. Tidaklah didapati seorang hamba muslim pada saat-saat ini meminta sesuatu kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya. Maka carilah pada akahir saat-saat tersebut setelah Ashar"

[5]. PERKARA-PERKARA YANG DISYARI’ATKAN PADA HARI JUM’AT Hari Jum’at, disamping memiliki keutamaan sebagaimana telah disebutkan di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menetapkan syari’at khusus untuk hari ini, yaitu;

Pertama : Sholat Jum’at. Mengenai sholat Jum’at ini akan dikupas beberapa hal berikut ini. a). Kewajiban menunaikan sholat Jum’at. Hal itu berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسَعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ.

"Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sholat pada hari Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual-beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" [Al Jumu’ah: 9]

Kewajiban ini bersifat fardhu ‘ain atas setiap muslim secara berjama’ah, kecuali lima golongan iaitu: hamba sahaya, wanita, anak kecil (yang belum baligh), orang sakit dan musafir. Hal ini berdasarkan beberapa riwayat berikut. Dari Thariq bin Syihab dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

الْجُمْعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِيْ جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَرْبَعَةٌ: عَبْدٌ مَمْلُوْكٌ، أَوِ امْرَأَةٌ، أَوْ صَبِيٌّ، أَوْ مَرِيْضٌ.

"(Shalat) Jum’at itu adalah wajib atas setiap muslim secara berjama’ah, kecuali empat (golongan) iaitu: hamba sahaya, wanita, anak kecil (yang belum baligh) atau orang sakit" [6] Dari Ibnu Umar dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

لَيْسَ عَلَى الْمُسَافِرِ جُمْعَةٌ
"Tidak ada kewajiban atas musafir (untuk menunaikan) sholat Jum’at" [HR Ad-Daruquthni.II/4] b). Keutamaan menunaikan sholat Jum’at. Tidaklah syari’at memerintahkan suatu perkara, melainkan diiringi dengan janji berupa balasan kebaikan, keutamaan dan pahala sebagai pendorong bagi orang-orang yang mau menunaikan perintah tersebut. Diantaranya, Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

مَنِ اغْتَسَلَ ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَصَلَّى مَا قُدِرَ لَهُ ثُمَّ أَنْصَتَ حَتَّى يَخْلُوَ مِنْ خُطْبَتِهِ ثُمَّ يُصَلِّي مَعَهُ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ اْلأُخْرَى وَفَضْلُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ.

"Barangsiapa mandi (wajib) kemudian mendatangi (sholat) Jum’at, lalu ia sholat –sunnat- (sebelum imam datang) sekuat kemampuannya, kemudian diam seksama (mendengarkan imam berkhuthbah) sampai selesai dari khutbahnya, lalu sholat bersamanya, maka akan diampuni (dosanya) antara Jum’at tersebut dengan Jum’at lainnya (sebelumnya) ditambah tiga hari". [HR Muslim, no. 857] Dalam hadits yang lain Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرُ.

"(Antara) sholat lima waktu, Jum’at ke Jum’at dan Ramadhan ke Ramadhan, terdapat penghapus dosa-dosa, selama tidak melanggar dosa-dosa besar." [HR Muslim, no. 233] c). Ancaman terhadap orang yang meninggalkan sholat Jum’at. Disamping menjelaskan tentang keutamaan menunaikan sholat Jum’at, syari’at juga menjelaskan ancaman terhadap orang-orang yang meninggalkan sholat Jum’at kerana meremehkannya. Dalam hal ini terdapat beberapa hadits dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, diantaranya: Sabda Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam,

لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمُ الْجُمُعَاتِ أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللهُ عَلَى قُلُوْبِهِمْ ثُمَّ لَيَكُوْنُنَّ مِن الْغَافِلِيْنَ.

"Sungguh hendaknya orang-orang itu berhenti dari meninggalkan sholat Jum’at atau (kalau tidak maka) Allah akan mengunci hati-hati mereka kemudian mereka akan menjadi orang-orang yang lalai."[ [HR Muslim, no. 856] Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ رَجُلاً يُصَلِّي بِالنَّاسِ ثُمَّ أَحْرَقَ عَلَى رِجَالٍ يَتَخَلَّفُوْنَ عَنِ الْجُمُعَةِ بُيُوْتَهُمْ.

"Sungguh saya bertekad untuk memerintahkan seseorang mengimami sholat bagi manusia, kemudian saya bakar rumah orang-orang yang meninggalkan (sholat) Jum’at." [HR Muslim, no. 652] Sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam,

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمَعٍ تَهَاوُناً بِهَا طَبَعَ اللهُ عَلَى قَلْبِهِ. "Barangsiapa meninggalkan sholat Jum’at sebanyak tiga kali kerana meremehkannya, maka Allah akan mengunci hatinya." [7] Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda,

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمُعَاتٍ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ كُتِبَ مِنَ الْمُنَافِقِيْنَ.
"Barangsiapa meninggalkan tiga kali sholat Jum’at tanpa uzur, maka dia tercatat sebagai golongan orang-orang munafik." [8] d). Waktu pelaksanaannya. Waktu pelaksanaannya adalah pada waktu Dhuhur, berdasarkan riwayat dari Anas Radhiyallahu 'anhu,

أَنَّ النَّبِيَّ كَانَ يُصَلِّي الْجُمُعَةَ حِيْنَ تَمِيْلُ الشَّمْسُ.
"Bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menunaikan sholat Jum’at ketika matahari tergelincir (yakni masuk waktu Zuhur)." [HR Al-Bukhari, no. 862] Sebahagian ulama membolehkan pelaksanaannya –beberapa saat- sebelum masuk waktu Zuhur (sebelum matahari benar-benar tergelincir). Mereka berdalil dengan riwayat dari Jabir bin Abdullah Radhiyallahu 'anhu ketika ia ditanya, “Bila Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menunaikan sholat Jum’at?” Dia menjawab,”(Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam) pernah menunaikan sholat Jum’at, kemudian (selesai sholat) kami pergi menuju unta-unta kami untuk mengistirahatkannya ketika matahari tergelincir." [HR Muslim, no. 858] (Bererti Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah sholat Jum’at sebelum matahari tergelincir). Kedua. Khuthbah Jum’at. a). Hukumnya. Khutbah Jum’at hukumnya wajib, kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah meninggalkannya, dan berdasarkan keumuman sabda Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam,

صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَلِّيْ.

"Sholatlah sebagaimana kalian melihat aku shalat." [HR Al-Bukhari, no. 605] Khuthbah Jum’at ini termasuk dalam rangkaian pelaksanaan sholat Jum’at yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dan Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam melakukannya sebelum sholat.

Nota Hijau/: tiada sebarang alasan bagi mereka(kaum lelaki) yang tidak hadir pada solat jumaat dan solat waktu...

Monday, May 7, 2012

Tanggungjawap Anak Lelaki Kepada Ibu bapa Setelah Berkahwin



Bismillahirahmanirrahim.. 

Assalammualaikum 

hai semua..

tanggungjawap seorang anak lelaki kepada ibu bapa mereka setelah berkahwin sangat besar sekali...

Sahabat yang dimuliakan,
Apabila seorang lelaki Muslim berkahwin ia bertanggungjawab memberi nafkah dan segala keperluan kepada isterinya. Samaada nafkah zahir dan batin dan asas pendidikan Islam. Dengan kadar keperluan mengikut kemampuan suami. Bila dikurniakan anak-anak maka  tanggungjawabnya akan bertambah kerana telah menjadi ayah untuk menyara segala keperluan nafkah dan pendidikan anak-anaknya pula.

Walaubagaimana pun ia telah memiliki keluarganya sendiri tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya tidak boleh diabaikan kerana ia masih terikat dengan tanggungjawab tersebut.

Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya :
“Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”
Jawab Nabi “Ibu kamu”
“Selepas itu?”-
“Ibu kamu”
“Selepas itu?”-
“Ibu kamu”
Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”
Jawab Nabi “Ayah kamu”

Lihatlah betapa tingginya nilai ibu di dalam Islam. Seorang ibu tidak ada apa cara sekalipun dapat kita membalasnya. Seorang lelaki datang kepada Sayyidian Umar al-Khattab r.a dan berkata, "Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu." Jawab Umar r.a., " Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu."

Hadis di atas menjelaskan  selepas Allah dan Rasul-Nya, orang yang perlu dihormati dan dikasihi adalah ibu dan bapa. Bukan setakat menghormati dan mengasihi mereka tetapi segala keperluan hidup ,keselamatan  dan hak-hak mereka perlulah di penuhi sekadar kemampuan si anak tadi.

Menurut Al Qurthubi, derhaka kepada kedua orang tua ialah menyalahi perintah keduanya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, jika perintah itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis mubah, begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat).

Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah s.a.w. bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: 'Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis'. Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Jadi perintah ibu atau bapa yang bukan bersifat maksiat atau mempersekutukan Allah, maka kita wajib mentaatinya. Namun jika perintah nya bersifat melawan kehendak dan hukum agama, maka tolaklah dengan cara yang baik.

Sahabat yang dimuliakan,
Seorang wanita apabila telah berkahwin, segala tanggungan dirinya adalah adalah dibawah tanggungan suaminya. Amanah ini terlah diserahkan oleh bapa wanita tadi kepada suaminya.

Bagaimana pandangan Islam kedudukan wanita tersebuat terhadap ibu bapanya?

Islam amat menitik beratkan soal silaturahim, perhubungan sebagai anak dan ibu bapa perlu diteruskan seperti biasa. Wanita kena mentaati suaminya dan diberi keutamaan daripada arahan ibu bapanya kerana tanggungjawab dan ketaatan isteri perlu diberikan kepada suaminya. Walaubagaimana pun Islam melarang suami berlaku tidak adil kepada isterinya jika ada sesuatu keperluan ia ingin membantu ibu bapanya yang susah dan memerlukan bantuan.

Pihak suami perlu ingat bahawa setelah ia mengawini wanita tersebut ibu bapa mertuanya adalah telah menjadi mahramnya dan sama taraf dengan ibu bapanya sendiri. Perlulah diberi kasih sayang dan segala keperluan dan hajat mereka berdua jika mereka terdiri daripada orang miskin perlulah diberi bantuan .

Kedua-duanya (suami dan isteri)  wajib berbuat baik kepada kedua orang tua (kedua-dua belah pihak)  selagi ada hayat mereka di dunia ini. Berbuat baik dalam erti kata menyenangkan hati kedua-duanya dan menjaga serta memberikan apa-apa keperluan mereka. Anak perempuan tidak terlepas tanggungjawab dan berbakti kepada orang tuanya. Jika dia mampu dia juga hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.

Dalam Islam, lelaki adalah ketua keluarga, sebab itulah anak lelaki diberikan lebih tanggungjawab untuk menyara orang tua nya walaupun selepas berkahwin jika dibandingkan dengan perempuan yang kurang tanggungjawabnya untuk berbuat demikian selepas berumah tangga. Sebab itulah dalam Islam anak lelaki beroleh 1/2 nisbah faraid berbanding dengan anak perempuan, ini menunjukkan betapa Islam menghargai tanggungjawab yang dipikul oleh anak lelaki sebagai ketua keluarga.

Namun pendapat yg mengatakan anak perempuan langsung tidak mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa selepas berkahwin adalah salah sama sekali. Cuba bayangkan jika ibu bapa itu mempunyai 6 orang anak dan kesemuanya adalah perempuan adakah penat lelah selama mereka membesarkan anak-anaknya langsung tidak akan dihargai anak-anaknya selepas anak-anak tersebut berumah tangga? Ini adalah sesuatu yang tidak adil memandangkan mereka tidak merancang untuk mempunyai anak perempuan semuanya.

Di zaman sekarang telah berubah, semua perempuan telah berkerjaya, seharusnya kedua-duanya anak lelaki dan perempuan sama-sama membantu untuk menyara kedua ibu bapa mereka yang telah tua sebagaimana kedua ibu dan bapa telah menyara mereka semuanya.

Walaubagaimana pun sebelum apa-apa bantuan yang ingin diberikan, isteri perlulah meminta  keizinan dan redha daripada suami, sesungguhnya seorang suami yang Mukmin tidak akan menghalang sekiranya isterinya ingin membantu dan memberi khidmat kepada kedua ibu bapanya yang memerlukannya. Isteri perlu faham bahawa redha Allah bergantung kepada redha suami tetapi bagi anak lelaki redha Allah bergantung pada redha ibu bapa.

Sahabat yang dihormati,
Dalam Islam lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. 

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibu dan bapanya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua. Manakala seorang perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.

Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tidak baik sedang suaminya membiarkan sahaja tidak menasihatinya maka  dosanya ditanggung oleh suaminya.

Suami kena bagi nafkah pada isteri, sedangkan pendapatan isteri tidak perlu menanggung nafkah keluarga, walaubagaimana pun isteri boleh membantu meringankan beban suami.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya (yang belum berkahwin).

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki iaitu suaminya, ayahnya (jika belum berkahwin), anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan empat  syarat sahaja:
1. sembahyang lima waktu,
2. puasa di bulan Ramadhan,
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah dan berdakwah dijalan Allah untuk mendapat redha Allah, tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala sama seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Sahabat,
Keruntuhan rumahtangga dan penceraian yang banyak berlaku di dalam masyarakat kita adalah berpunca daripada pasangan suami isteri yang tidak memahami hukum-hukum Islam. Mereka tidak memahami hak-hak sebagai suami atau isteri. Mereka meletakkan nilai kebendaan dan hawa nafsu dihadapan dan meninggalkan nilai iman dan taqwa sebagai nilai hidup mereka. Penceraian boleh berlaku hanya berpunca daripada perkara kecil yang boleh diselesaikan dengan mudah bila ada iman dan pemikiran yang resional.

Jika suami faham bahawa kesabaran, lemah lembut dan bertolak ansur itu adalah akhlak yang ditunjukkan Nabi s.a.w. ketika berada di dalam perselishan pendapat dengan isteri maka si suami akan mengutamakan akhlak ini kerana sungguh besar pahalanya disisi Allah s.w.t.Kerana cerai adalah perkara halal yang dibenci oleh Allah s.w.t. Elakkanlah penceraian jika masih ada jalan penyelesaian yang baik.

Dan juga kalaulah si isteri fahan bahawa betapa besarnya dosa derhaka kepada suami dan tidak akan dapat mencium bau Syurga, maka si isteri akan memilih untuk bersabar dan bertolak ansur semata-mata mencari redha Allah. Perlu diingat perasaan marah, keluarkan suara yang tinggi dihadapan suami, mengeluarkan kata-kata kesat dan ungkit mengungkit perkara lama adalah dari dorongan hawa nafsu dan bisikan syaitan. Syaitan memang suka perpecahan dikalangan keluarga Islam kerana dengan perpecahan ini banyak perkara-perkara negatif akan berlaku.

Kedua ibu bapa samaada di pihak suami atau isteri perlulah menjadi penasihat dan pendamai yang baik bukannya menjadi batu api untuk merosakkan rumah tangga yang telah dibina. Ibu bapa yang menjadi pemusnah rumah tangga bahagia anak mereka sendiri adalah mereka-mereka yang melakukan dosa besar dan menempah tempat duduknya di Neraka, nauzubillah. Sebagai orang tua perlu bersikap positif dan proaktif dan tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak jika berlaku perselisihan. Yang penting damaikanlah kerana sifat membantu dan memulihkan suasana tegang adalah sifat ibu bapa yang beriman dan bertaqwa.



gambar dari google


nota hijau/: anak lelaki akan menjadi imam keluarga bila sudah berkahwin..tak salah kita share benda baik kepada semua orang kan...

Wednesday, April 4, 2012

saya ada bluebird



Bismillahirahmanirrahim.. 
assalammualaikum semua..
alhamdulilah la masih boleh blogging di Hijau Itu Bumi Tuhan lagi...sejak 2 menjak incik hijau kehilangan  banyak darah #EH idea la...HAHA ok back to topic...
hari ni incik hijau  baru masuk kedunia BLUEBIRD apa itu BLUEBIRD..??mai sini nak bagi tahu deme semua...bluebird tu burung biru atau twitter bak kata owang putih la(utaqha mai) 

disebabkan incik hijau baru je sahaja masuk kedunia TWITTER kan mari semua reader yang ada account moh follow teman punya twitter....


TuanHijau ni la nama di twitter incik hijau...mari la kita bertweet sambil berdakwah...insyaAllah besar ganjaran nya..amin...





nota hijau/: sudah follow rajin-rajin la bertweet..:) tarak sombong punya...

Sunday, April 1, 2012

sepetang bersantai di ban pecah



   Bismillahirahmanirrahim..

assalammualaikum...

alhamdullilah la masih di panjang kan umur untuk blogging di Hijau Itu Bumi Tuhan 

back to tpoic la kan...sure korang tetanya apa itu BAN PECAH kan,rasa ada yang fikir ban tu berpecah dua kan..itu semua karuk bebenor..ok itu ban pecah itu adalah diantara kuala ke sungai dan ke kawasan laut terus..orang yang duduk dekat situ la yang cakap tak tahu la betoi ke tidak...

ok sepetang incik hijau lepak di ban pecah duduk keseorangan di sana...tanpa di temani kan dengan bunga #EH ok itu semua gurauan sahaja..

sambil santai bunyi ombak rindu #eh ombak laut la..dengan angin pantai petang kan...Ya Allah besar NYA nikmat mu Ya Allah...tenang sahaja santai di ban pecah planning last minute la..asal nya incik hijau nak pergi penang nak tengok cup prix la..sampai sungai bakap je orang langar belakang kereta incik hijau...sangat hampa sebab kena macam tu...last planning berubah terus balik ke bagan serai dan cari idea nak lepak mana pulak,terus incik hijau pergi ke ban pecah untuk tenang kan fikiran kan...

ok korang tengok la sendiri gambar yang di snap guna hand phone GALAYX cap ayam je...tak mau cerita banyak-banyak mai usha gambar ni ye..:)



tenang je bila tengok ombak 2...


bang banyak ikan dapat..???
"boleh la..banyak jugak rezeki"
best la tengok orang memancing kan...layan deme semua kan...


ni waktu jam 06:30 PM ingat nak tunggu waktu senja baru nak shoot gambar
tapi keadaan tidak menizinkan sebab cuaca nak hujan langit menjadi gelap so terpaksa gerak


#eh sapa pulak mamat ni...

ini la owner pemilik blog Hijau Itu Bumi Tuhan A.K.A. Incik Hijau or Incik Angah


nota incik hijau/: sapa2 yang tak biasa pergi santai ke ban pecah mohan pergi ke sana untuk menikmati keindahan alam semula jadi di sana...subbahanAllah besar kuasa Allah...

Friday, March 30, 2012

Doa Taubat

Bismillahirahmanirrahim.. 

assalammualaikum semua dan salam jumaat buat semua umat islam seluruh dunia
tak kira di mana anda berada atau bertapa..

alhamdullilah la...masih di izinkan lagi untuk masuk kedunia blogger kan...hari ni incik hijau tertanya-tanya tajuk doa taubat ni...last search la dekat youtube terus jumpa doa ni...
lepas tu apa lagi..??terus la post di blog Hijau Itu Bumi Tuhan kan...

moh le kite layan doa taubat ni...




bukan apa sekadar untuk share-share benda baik-baik kan...tak salah kita share benda yang baik untuk semua orang...bahkan dapat pahala lagi....


nota hijau /: "aku tidak layak untuk syurgaMu tetapi aku pula tidak sanggup menanggung seksa nerakaMu"..

Saturday, March 17, 2012

salah ke incik hijau tegur benda kebaikan..?

Bismillahirahmanirrahim.. 


assalammualaikum 

alhamdulilah la..masih bersyukur lagi bila dapat masuk ke sini lagi...dan di beri peluang untuk blogging lagi ni..
setalah sebulan inck hijau tinggalkan blog ni tanpa sebarang entry untuk semua reader yang selalu Blogwalking kan..alhamdulilah la masih ada orang yang sudi tanya khabar incik hijau sihat ke,macam mana kerja,mak ayah sihat ke...

hari ni incik hijau ada la nak share sedikit perangai manusia bila di tegur di marahi pulak..
pada petang tadi yang cerah dan tenang sambil santai kena angin sawah padi petang...perghh memang best jugak...dalam masa yang sama ada seorang perempuan yang agak seksi lepak di tempat incik hijau selalu lepak..

hati incik hijau mula tak sedap hati bila tengok awek SEKSA itu duduk di tempat biasa incik hijau tu...da la seksi kan..lepas tu tak malu pulak...sebab pakai seluar yang boleh nampak sungai dia...ishx2...awat teruk sangat kan pakaian dia..??

lepas tu incik hijau pun tegur la dia...sebab pakai pakaian macam tu..incik hijau nak tengok pun malu..kalau kafir tak apa la..ni melayu islam lagi..incik hijau pulak kena marah....

incik hijau : assalammualaikum ..

awek : walaikummsalam..

incik hijau :awat adik pakai seluar macam ni..??tak elok la aurat tu...

awek : kenapa salah ka.??bukan saya tak tak pakai seluar kan...

incik hijau : salah sebab seluar tu telalu ketat dan nampak sungai adik tu..kang nanti jadi tak elok pulak...

awek : yang abang ni nak belagak alim..macam la abang ni malaikat..!!!!!

incik hijau : yes saya bukan malaikat or tuhan nak tentu kan dosa dan pahala ni..tapi sebagai saudara islam ni kena tegur bila saudara nya buat salah...itu lebih baik dari yang di jangka..???kenapa adik ni tidak menutup aurat..???bukan kah menutup aurat itu perintah Allah.??kenapa masih tidak tutup aurat.??takut boy adk marah tutup aurat.??senang nak buat maksiat.??ingat la adik seandainya la kalau adik mati sekejap lagi kan sure adik tak dan nak bertaubat kan...mati dalam keadan berdosa kan...

awek : hmmmm...semua nak betoi kat abang kan..saya yang salah....!!!!

incik hijau : kan dalam Al-Quran ada menceritakan..tutup la aurat kamu hingga pengelangan tangan dan perlihara aurat kamu sampai akhir hayat kamu...tak kan abang nak bohong pulak bab agama ni kan.???semua nya sudah tertulis di dalam Al-Quran sana...

awek : SUDAH la abang saya meluat arrr ni..panas teliga nak dengar kuliah yang tak tipu ni...!!!!!!! (terus pergi)

incik hijau : Ya Allah Ya Tuhan ku...kau ampuni la dosa budak perempuan tadi...dan kau buka la pintu hati dia untuk sujud dan taat perintah mu Ya Allah....(sambil berdoa)


gambar dari google


lantas incik hijau beredar dari situ untuk menunaikan solat asar yang belum incik hijau tunaikan lagi....


setakat ini sahaja incik hijau boleh cerita kan pasai budak perempuan tersebut....

sekian walaikummsalam...

nota hijau :/ sedar la wahai kaum hawa aurat itu lagi mahal dari harga emas....


Sunday, February 19, 2012

selamat ulang tahun blogger perak yang pertama



Bismillahirahmanirrahim...


assalammualaikum semua warga silent reader yang sud baca di Hijau Itu Bumi Tuhan ,alhamdullah la incik hijau masih boleh blogging lagi kan...setelah semnggu baru nak update blog incik hijau ni kan..tap tak megapa la sebab incik hijau tak akan biar blog ni berkubur disini.


hari ni incik hijau nak buat 1 entry pasai satu group di facebook ni..group tu ialah Blogger Perak rasa nya ramai yang sudah tahu pasai kewujudan group yang paling happy gila bila join kan...so incik hijau ni salah seorang ahli jiwa kental dari ahli yang lain..tak percaya.?? ok tak percaya boleh masuk join group Blogger Perak ni..ce tanye kenal tak incik hijau..??sure dia orang cakap tak kenal langsung incik hijau ni...HAHA
sebab inck hjau tak rets macam mereka...


incik hijau mula-mula join Blogger Perak pada tahun lepas bertarikh 08/03/11 jam 10.00 pagi kalau tak silap la sebab incik hijau ni kuat termakan semut la..itu yang lupa tu..HEHE incik hijau invite oleh seorang retis..retis tu ialah KIRIN a.k.a KSP beliau la yang bertanggungjawap keatas kemasuk kan incik hijau ke group Blogger Perak ni...jasa dia tetap ku kenang sampai akhir hayat incik hijau ni..

mula-mula join tu incik hijau memang segan dengan retis yang berada d group tersebut....sampai 3 bulan baru la berani kan diri untuk masuk dan post something di wall Blogger Perak tapi alhamdulilah la sebab ada respon oleh retis time tu...

1st time join gathering macam batang kayu duduk senyap je..sampai incik hijau terjumpa orang yang biar jumpa time 1st gathering sebelom ni orang tersebut ialah MUHD FADIL a.k.a. PENYU orang yang tegur incik time gathering tu...sebab incik hijau sudah kenal dengan beliau...alhamdullah la retis Blogger Perak ni semua nya tidak sombong cepat ramah mesra,sampai incik hijau naik segan pulak time tu..

sebelom terlambat incik hijau nak wish SELAMAT ULANG TAHUN BLOGGER PERAK YANG PERTAMA KALI NYA ,incik hijau tak dapat nak lupakan kenangan pahit dan manis kita semua..semoga jalinan yang kita erat ni moga kekal hingga akhirat kelak..alhamdulilah la Allah ketemukan incik dengan orang baik seperti keluarga sendiri,semoga Allah kekalkan hubungan kita semua amin...




akhir sekali incik nak nak cakap ...incik hijau sayang korang semua dunia dan akhirat....


nota hijau /: i love Blogger Perak dan semua ahli ..!!!sekian terima kasih kerna sudi baca entry yang tak cukup laku ni..dengan ini incik hijau mendoa kan agar kita semua kekal dialam sana...sekian walaikummsalam...

Sunday, February 12, 2012

makanan halal dan haram




Bismillahirahmanirrahim...


assalammualaikum semua yang dihormati oleh incik hijau...

alhamdulilah la masih bersyukur lagi kerna di hidup kan lagi sehingga kini...

untuk terus incik hijau blogging lagi di Hijau Itu Bumi Tuhan 

hari ni incik hijau ada story yang agak hot letew...

incikhijau  nak story pasai makanan yang di buat oleh orang bukan islam...

ok,!!! kenapa islam haram kan kita memakan makanan orang yang bukan islam buat..???

sebab takut nanti ada meletak unsur-unsur yang tidak sepatut nya ada dalam makanan tersebut...

contoh : 
  • lemak babi 
  • kotor
  • dan sebagainya
tapi masih ramai yang suka beli makanan buatan orang cina buat...

kenapa..?? sedap sangat ke masakan orang cina ni.???

setahu incik hijau la..orang cina pengotor orang nya...sambil masak boleh korek hidung...lepas tu tak la tahi hidung tempek kat mana tak tau la..sebab incik hijau tak kaji habis lagi...tak kan la incik hijau nak siasat kes ni ada siasatan apa.??racun.??tak mungkin la..sebab bukan kerja incik hijau nak siasat kes tersebut...ok biar p la,kat dia nahhh(seleng utara sekejap) bukan semua orang cina ni pengotor kan...orang cina ni macam orang melayu la ada banyak bangsa kan...tak tahu la cina yang pengotor tu bangsa apa.???

baru ni incik hijau ada perasan 1 wall di FB 2 menunjuk kan 1 prodak yang terkenal di seluruh dunia...prodak tersebut mengandungi lemak babi,mungkin betoi mungkin tak...tak berani la nak menuduh yang bukan-bukan ni..kang jadi fitnah pulak...

sebab apa kita diharamkan makan makanan yang haram..??

  • menjadi darah daging pada kita
  • hati boleh jadi hitam
  • degil yang teramat
  • tak sedap(saja tambah bagi sedap cerita)
incik hijau masih terfikir kenapa pihak tertentu sengaja buat macam itu..??
bukan setakat kena tanggung di dunia bahkan akhirat sekali...TAKUTTTTT



gambar ni di ambil di salah 1 wall di FB sana....

ramai yang nak bagi umat islam ni makan makanan yang haram...contoh pada gambar tersebut...
gambar tersebut mengandungi lemak babi sori la incik hijau baru tahu je sebab incik hijau sibuk dengan kerjaya...

kalau kita makan makanan yang halal bukan setakat kita lepas di dunia saja bahkan di akhirat sekali...
makan makanan yang halal boleh sihat tubuh badan..macam incik hijau ni kan...bertambah sihat..alhamdulilah la sihat kan...tak susah hati sangat pasai makan...HEHE

ok la setakat ni je la incik hijau boleh ceritakan pada ni...ada masa incik hijau sambung lagi...incik hijau ni nak kejar masa sebab malam ni ada game futsal antara geng yang paling kuat(ok tipu)


nota hijau:/ sebelom makan baca doa makan dan selawat keatas nabi sekali...di mulakan dengan Bismillahirahmanirrahim dan diakhiri dengan Alhamdulilah...sekian terima kasih,walaikummsalam....

Monday, February 6, 2012

EFCM drag day & family day at kampung gajah




Bismillahirahmanirrahim...




assalammualaikum semua pembaca Hijau Itu Bumi Tuhan 


ahamdulilah la masih dipanjang kan umur untuk incik hijau blogging lagi di sini...

incik hijau ada story baik punya...

pada hari sabtu yang lalu warga EFCM telah melibatkan diri dalam program family day & drag dekat kampung gajah...incik hijau hanya meramaikan suasana,incik hijau di perlawa oleh salah seorang ahli EFCM itu..kerna beliau keseorangan tidak berteman so incik hijau teman la beliau kan...

kami bergerak di bagan serai pada jam 02.00 AM dalam keadaan jalan yang gelap dan sunyi..apa lagi kami try menambah kelajuan pada jentera kami....kami melalui jalan lama yang tiada orang disitu,pada kejadian tersebut mata yang mengantok terus jadi tak mengantok kerna kesejukan..tiba di gelong pepuyu jalan palaing tiada orang yang lalu lalang di kawasan itu...mula masuk kami hanya jumpa sebiji kereta yang ingin keluar di jalan tersebut...semasa kami menuju ke jalan keluar gelong pepuyu hanya ada sebiji yang ingin masuk kedalam nya...lalu kami tiba la di kawasan kampung gajah pada sekitar jam 03.30 AM time tu semua orang sedang nyeyak di buai lena yang panajang...

ingat sampai boleh tido la..tapi hanya minpi di waktu pagi..kerna homestay belah geng utara tidak kami jumpai lalu kami hanya jumpa budak EF belah KL yang jumpa kami time menuju ke homestay geng utara..lalu beliau menbawa kami ke pasir salak resort...dalam hati ni sedap la dapat tuido kan...lepas tu tanya berapa kos resort 2.??1 rumah RM 160...!!!dengar2 macam tu terus tak jadi nak tido..sampai la kesokan harinya...kami tiba di kawasan drag kampung gajah pada 06.20 AM orang yang pertama sampai ke track pada hari tersebut...register dulu,lepas tu terus mandi pagi kami..lepas mandi kawan incik hijau tu raning enjin nya..untuk kepuasan maxsimun pada nya....ok jom usha gambar drag disana dan jenis kereta disana....


jentera-jentera yang baru lepas raning enjin 


EK9 pun ada...


barisan EF


barisan EF belah hujung


the all machine


barisan EX


barisan EX


semua jentera keluar dari barisan masing-masing


berkumpul di sana dulu...


kelas C iaitu enjin B16 vtec


kelas  C B16 sebanyak 40 jentera honda termasuk EF,EX,CR-X


yang ni kelas A iaitu kategori open  enjin 2 liter

nota hijau /: ok la setakat ni saja yang incik hijau boleh cerita kan pasai event EFCM itu..kerna ada new event yang incik hijau update lagi...hope korang suka dengan entry ni dari event EFCM ni...sekian walaikummsalam dan terima kasih semua blogger
 

Copyright 2013 © Hijau Itu Bumi Tuhan. Design by Ayu Barbydol