Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani( Al-Faatihah 1:1 )

Wednesday, December 18, 2013

admin terlalu sibuk dengan kerjaya

Bismillahhirahmannirahim....


Assalammualaikum selamat petang semua follower TH..


Alhamdulillah masih di beri perluang untuk berblogging ni tetapi TH sangat sibuk dengan kerjaya yang ada sekarang...TH minta maaf sangat tak dapat nak blogging lagi dengan keadaan yang sangat sibuk....ada ke yang rindu TH ni??ok la kan ada yang rindu TH ni..HAHA serius TH tak sempat nak update blog TH ni baru di ubah suai dengan seorang blogger retis cik ayu bardydol ni...


lawa jugak hasil kerja dia ni...biasa la dia kan blogger retis opsss....heheh jangan marah ye...heheh

rasa nya da lama TH tak update blog Hijau Itu Bumi Tuhan rasa rindu nak blogging macam dulu....

rasa yang je kot TH nak kabo kat korang kan...









ok la setakat ni TH boleh update...kalau follower yang rindu TH boleh cari di wechat (norhisham90) Fb (Encik Angah) twitter (TuanHijau) yang baik datang dari Allah,yang buruk datang dari diri TH sendiri...sekian wasalam.....

Thursday, August 16, 2012

selamat hari raya dari TH



bismillahhirahmannirahim

assalammualaikum..

alhamdulillah masih di beri peluang untuk kembali kedunia blogging...

masih belum terlambat untuk TH(TuanHijau) mengucapkan selamat menyambut ramadhan al muburak dan selamat menyambut hari raya yang bakal tiba pada 19hb ni hari ahad kalau tak silap TH la...

masing2 sibuk dengan persiapan hari raya yang bakal tiba ni kan...

dengan kesempatan ni TH ingin memohon ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki jika ada tersalah bicara terkasar bahasa sehingga  menjadi satu dendem kepada TH kan...harap ada yang ampun TH jugak...


kalau yang belum bayar zakat fitrah tu bayar la sekarang ye...
seperti dalam satu hadits nabi

Diriwayatkan dari Ibnu umar r.a,ia berkata :
"Rasulullah telah mewajibkan zakat fithrah dari bulan Ramadhan satu sha' dari kurma , atau satu sha' dari sya'iir , atas seorang hamba, seorang merdeka ,laki-laki , wanita ,anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslimin" ( Hadits Riwayat Bukhari dan muslim)

TH alhamdulillah sudah keluarkan zakat fitrah ni...

NotaHijau :/ selamat hari raya aidilfitry kepada semua umat islam seluruh dunia dari TH sendiri...jangan lupa follow twitter TH ( @TuanHijau)





Saturday, June 2, 2012

12 pahala yang hanya untuk kaum wanita sahaja

Bismillahirrahmanirrahim


assalammualaikum hadirin dan hadirat semua..


Ada dua perkara yang melekat pada diri wanita.kemuliaan dan kerhormatan yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka,bila diterapkan secara  berkesan oleh kaum wanita akan semakin membuat mereka dihomati oleh kaum Adam.berikut ini la kemuliaan kaum wanita yang diberikan Allah.




1. seorang wanita yang soleh lebih baik daripada 70 orang wali atau lelaki soleh,tetapi seorang wanita yang buruk akhlaknya lebih buruk daripada 1000 lelaki yang buruk akhlaknya




2. seorang isteri yang pandai menhibur suaminya yang sedang dalam keadaan gelisah,ia akan mendapatkan pahala separuh dari pahala jihad




3. seorang wanita yang sedang hamil,lalu dia menunaikan solat 2 rakaat maka kebaikan yang diterimanya lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil




4. seorang wanita yang meninggal dunia dalam rentang waktu 40 hari setelah melahirkan anak,maka ia akan mendapat pahala seperti hanya seorang lelaki yang gugur syahid.




5. jika seorang anak menangis pada malam hari dan ibunya tidak memarahinya,bahkan memujuknya,ibu itu akan mendapat pahala ibadat.




6. jika pada malam hari seorang wanita tidak tidur kerana megurus anaknya yang sakit,Allah akan memberinya ganjaran sepadan dengan usaha memerdekakan 20 orang budak.




7. seorang wanita yang bangun pada malam hari untuk menyusui anaknya,maka Allah akan mengampuni dosa dosanya dan ia akan diberi pahala seperti pahala orang yang mengerjakan ibadat selama 12tahun.




8. apabila seorang wanita menyapu rumahnya sambil berdzikir,Allah akan memberikan kepadanya pahala seperti menyapu halaman di sekitar ka,bah.




9. seorang isteri yang memotivasi suaminya untuk berjuang di jalan Allah,dan ia ikhlas untuk menanggung barangkali penderitaan kerana ditinggal suaminya,maka Allah akan memasukkannya ke syurga 500 tahun lebih awal sebelum suaminya,dan wanita itu menanti di pintu syurga.




10. seorang wanita yang memerah susu lembu dan diawali dengan kalimat "Bismillahirrahmanirrahim",maka Allah akan memberi keberkahan rezeki bagi penduduk rumah tersebut.


11. seorang isteri yang mengerjakan solat,berpuasa dibulan Ramadhan dan menjaga amanah suaminya,maka Allah akan memasukkannya ke syurga dari pintu mana saja yang ia sukai.


12. ketika nanti di syurga,semua penghuni syurga akan menemui Allah dengan frekuensi tergantung dari kuantitas dan kualitas amalnya didunia.tapi bagi seorang wanita yang memelihara dirinya dari pandangan laki laki yang bukan mahramnya,Allah sendiri akan menemuinya.namum jika wanita itu memandang pria yang bukan mahramnya dengan pandangan yang mengundang syahwat,Allah akan mengutuk wanita itu.




nota hijau /: subhanAllah bertapa mulia nya kaum wanita yang Allah jadikan..tapi masih ramai yang tak tahu kemuliaan itu pada seorang wanita...





Friday, May 18, 2012

apa itu Al-Quran

Bismillahirahmanirrahim.. 

assalammualaikum wahai hadirin dan hadirat semua...


sebagai orang islam kita wajib baca Al-Quran dan memahaminya setiap ayat didalamnya


Al-Quran atau Quran (bahasa Arab: القرآن al-Qur'ān) ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.

Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan Kamilah yang akan menjaganya". (Al-Hijr 15:9)

Lafaz Al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah:

Sesungguhnya Kamilah Yang Berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (Surah Al-Qiyamah, 75:17-18)

Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Naas.

Nama-nama Al-Quran :

1. Al-Kitaab (اﻟﻛتاب) bermaksud sebuah kitab berdasarkan firman Allah:

Alif, Laam, Miim. Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa; (Surah al-Baqarah 2:1-2)

2. Al-Furqaan (ﺍﻟﻔﺮﻗﺎﻥ) bermaksud pemisah hak dan batil sebagaimana firman Allah:

Maha berkat Tuhan Yang menurunkan al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. (Surah al-Furqaan 25:1)

3. Adz-Dzikr (اﻟذﻛﺮ) bermaksud peringatan berdasarkan firman Allah:

Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya. (Surah al-Hijr 15:9)

4. At-Tanzil (ﺍﻟﺘﻨﺰﻳﻞ) bermaksud penurunan. Nama ini diambil sempena firman Allah:

Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah Yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. (Surah asy-Syuara 26:192)

Sifat Al-Quran : 

1. An-Nuur bermaksud cahaya yang menerangi kegelapan. Al-Quran disifatkan sebagai nur (cahaya) kerana ia memberikan cahaya keimanan kepada orang yang berada di dalam kegelapan serta kekufuran. Selain itu, al-Quran juga menjadi cahaya yang menerangi jiwa orang yang selalu membacanya dan menghayati isi kandungannya. Firman Allah:

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak). 
(Surah an-Nisaa' 4:174)

2. Al-Mubiin bermaksud menerangkan sesuatu. Al-Quran disifatkan sebagai penerang kerana ia menghuraikan ajaran Islam kepada seluruh umat. Firman Allah:

Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) Dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) Yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya. 
(Surah al-Maa'idah 5:15)

3. Al-Huda bermaksud petunjuk. Al-Quran disifatkan sebagai petunjuk kerana ia menunjukkan jalan yang lurus kepada umat manusia. Firman Allah:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (Surah Yunus 10:57)

4. Ar-Rahmah bermaksud kerahmatan. Allah menyifatkan al-Quran sebagai rahmat kerana ia membawa rahmat kepada orang Mukmin yang sentiasa membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya. Firman Allah:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (Surah Yunus 10:57)





dari google




setakat ni sahaja incik hijau boleh bagi tahu...jika ada lagi ilmu incik hijau akan share di wall facebook dan twitter ataupun di sini la..

nota hijau/: pahami setiap ayat di dalam Al-Quran,kalau satu huruf ayat Al-Quran di baca Allah memberi sepuluh pahala betapa besar nya ganjaran..selamat beramal semua reader..




Friday, May 11, 2012

keutaman pada hari jumaat

Bismillahirahmanirrahim.. 

Assalammualaikum dan salam jumaat kepada semua pembaca blog...

hari jumaat adalah raja segala hari atau penghulu hari...



Hari Jum’at memiliki beberapa keutamaan sebagaimana terdapat dalam beberapa hadis Nabi, diantaranya: 


Pertama. Hari Jum’at adalah hari yang paling utama diantara hari-hari lainnya. 


Kedua. Nabi Adam Alaihissalam diciptakan pada hari Jum’at dan pada hari ini pula diwafatkan. Pada hari ini ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari ini pula dikeluarkan dari syurga. 


Ketiga. Hari kiamat akan terjadi pada hari Jum’at.

[3] Abu Hurairah Radhiyalahu 'anhu meriwayatkan, bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة .

"Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jum’at; pada hari ini Adam as diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari ini pula ia dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.[HR Muslim, no. 854]

Dalam riwayat Aus bin Aus Radhiyallahu 'anhu dengan lafal:

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ قُبِضَ، وَفِيْهِ النَّفْخَةُ، وَفِيْهِ الصَّعِقَةُ .......

"Sesungguhnya seutama-utama hari kalian adalah hari Jum’at ; pada hari ini Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini pula ia dimatikan, pada hari ini ditiupkan sangkakala (tanda kiamat), dan pada hari ini pula hari kebangkitan"

[4] Keempat. Hari Jum’at merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى.
"Kita adalah umat yang datang terakhir tapi paling awal datang pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menyebut hari Jum’at). Maka hari (Jum’at) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani".[HR Muslim, no. 855]

Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu 'anhu dengan lafadz:

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.
Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jum’at, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jum’at. Maka Allah menjadikan hari Jum’at, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk" [HR Muslim, no. 856]

Kelima. Pada hari Jum’at ini terdapat saat-saat terkabulnya do’a, terutama pada akhir-akhir siangnya setelah Ashar. Berdasarkan riwayat dari Abu Hurairah bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ لَسَاعَةً لاَ يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ قَائِمٌ يُصَلِّيْ يَسْأَلُ اللهَ خَيْراً إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، قَالَ: وَهِيَ سَاعَةٌ خَفِيْفَةٌ.

“Sesungguhnya pada hari Jum’at ada saat-saat, iaitu seorang muslim tidaklah ia berdiri sholat dan meminta kebaikan kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya.” Lalu Beliau berkata,”Dan saat-saat tersebut adalah saat yang singkat.” [HR Muslim, no. 852] Dalam riwayat Jabir Radhiyallahu 'anhu Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً لاَ يُوْجَدُ فِيْهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوْهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ. "

(Siang) hari Jum’at itu dua belas jam. Tidaklah didapati seorang hamba muslim pada saat-saat ini meminta sesuatu kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya. Maka carilah pada akahir saat-saat tersebut setelah Ashar"

[5]. PERKARA-PERKARA YANG DISYARI’ATKAN PADA HARI JUM’AT Hari Jum’at, disamping memiliki keutamaan sebagaimana telah disebutkan di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menetapkan syari’at khusus untuk hari ini, yaitu;

Pertama : Sholat Jum’at. Mengenai sholat Jum’at ini akan dikupas beberapa hal berikut ini. a). Kewajiban menunaikan sholat Jum’at. Hal itu berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسَعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ.

"Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sholat pada hari Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual-beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" [Al Jumu’ah: 9]

Kewajiban ini bersifat fardhu ‘ain atas setiap muslim secara berjama’ah, kecuali lima golongan iaitu: hamba sahaya, wanita, anak kecil (yang belum baligh), orang sakit dan musafir. Hal ini berdasarkan beberapa riwayat berikut. Dari Thariq bin Syihab dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

الْجُمْعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِيْ جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَرْبَعَةٌ: عَبْدٌ مَمْلُوْكٌ، أَوِ امْرَأَةٌ، أَوْ صَبِيٌّ، أَوْ مَرِيْضٌ.

"(Shalat) Jum’at itu adalah wajib atas setiap muslim secara berjama’ah, kecuali empat (golongan) iaitu: hamba sahaya, wanita, anak kecil (yang belum baligh) atau orang sakit" [6] Dari Ibnu Umar dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

لَيْسَ عَلَى الْمُسَافِرِ جُمْعَةٌ
"Tidak ada kewajiban atas musafir (untuk menunaikan) sholat Jum’at" [HR Ad-Daruquthni.II/4] b). Keutamaan menunaikan sholat Jum’at. Tidaklah syari’at memerintahkan suatu perkara, melainkan diiringi dengan janji berupa balasan kebaikan, keutamaan dan pahala sebagai pendorong bagi orang-orang yang mau menunaikan perintah tersebut. Diantaranya, Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

مَنِ اغْتَسَلَ ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَصَلَّى مَا قُدِرَ لَهُ ثُمَّ أَنْصَتَ حَتَّى يَخْلُوَ مِنْ خُطْبَتِهِ ثُمَّ يُصَلِّي مَعَهُ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ اْلأُخْرَى وَفَضْلُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ.

"Barangsiapa mandi (wajib) kemudian mendatangi (sholat) Jum’at, lalu ia sholat –sunnat- (sebelum imam datang) sekuat kemampuannya, kemudian diam seksama (mendengarkan imam berkhuthbah) sampai selesai dari khutbahnya, lalu sholat bersamanya, maka akan diampuni (dosanya) antara Jum’at tersebut dengan Jum’at lainnya (sebelumnya) ditambah tiga hari". [HR Muslim, no. 857] Dalam hadits yang lain Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرُ.

"(Antara) sholat lima waktu, Jum’at ke Jum’at dan Ramadhan ke Ramadhan, terdapat penghapus dosa-dosa, selama tidak melanggar dosa-dosa besar." [HR Muslim, no. 233] c). Ancaman terhadap orang yang meninggalkan sholat Jum’at. Disamping menjelaskan tentang keutamaan menunaikan sholat Jum’at, syari’at juga menjelaskan ancaman terhadap orang-orang yang meninggalkan sholat Jum’at kerana meremehkannya. Dalam hal ini terdapat beberapa hadits dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, diantaranya: Sabda Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam,

لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمُ الْجُمُعَاتِ أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللهُ عَلَى قُلُوْبِهِمْ ثُمَّ لَيَكُوْنُنَّ مِن الْغَافِلِيْنَ.

"Sungguh hendaknya orang-orang itu berhenti dari meninggalkan sholat Jum’at atau (kalau tidak maka) Allah akan mengunci hati-hati mereka kemudian mereka akan menjadi orang-orang yang lalai."[ [HR Muslim, no. 856] Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ رَجُلاً يُصَلِّي بِالنَّاسِ ثُمَّ أَحْرَقَ عَلَى رِجَالٍ يَتَخَلَّفُوْنَ عَنِ الْجُمُعَةِ بُيُوْتَهُمْ.

"Sungguh saya bertekad untuk memerintahkan seseorang mengimami sholat bagi manusia, kemudian saya bakar rumah orang-orang yang meninggalkan (sholat) Jum’at." [HR Muslim, no. 652] Sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam,

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمَعٍ تَهَاوُناً بِهَا طَبَعَ اللهُ عَلَى قَلْبِهِ. "Barangsiapa meninggalkan sholat Jum’at sebanyak tiga kali kerana meremehkannya, maka Allah akan mengunci hatinya." [7] Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda,

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمُعَاتٍ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ كُتِبَ مِنَ الْمُنَافِقِيْنَ.
"Barangsiapa meninggalkan tiga kali sholat Jum’at tanpa uzur, maka dia tercatat sebagai golongan orang-orang munafik." [8] d). Waktu pelaksanaannya. Waktu pelaksanaannya adalah pada waktu Dhuhur, berdasarkan riwayat dari Anas Radhiyallahu 'anhu,

أَنَّ النَّبِيَّ كَانَ يُصَلِّي الْجُمُعَةَ حِيْنَ تَمِيْلُ الشَّمْسُ.
"Bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menunaikan sholat Jum’at ketika matahari tergelincir (yakni masuk waktu Zuhur)." [HR Al-Bukhari, no. 862] Sebahagian ulama membolehkan pelaksanaannya –beberapa saat- sebelum masuk waktu Zuhur (sebelum matahari benar-benar tergelincir). Mereka berdalil dengan riwayat dari Jabir bin Abdullah Radhiyallahu 'anhu ketika ia ditanya, “Bila Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menunaikan sholat Jum’at?” Dia menjawab,”(Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam) pernah menunaikan sholat Jum’at, kemudian (selesai sholat) kami pergi menuju unta-unta kami untuk mengistirahatkannya ketika matahari tergelincir." [HR Muslim, no. 858] (Bererti Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah sholat Jum’at sebelum matahari tergelincir). Kedua. Khuthbah Jum’at. a). Hukumnya. Khutbah Jum’at hukumnya wajib, kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah meninggalkannya, dan berdasarkan keumuman sabda Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam,

صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَلِّيْ.

"Sholatlah sebagaimana kalian melihat aku shalat." [HR Al-Bukhari, no. 605] Khuthbah Jum’at ini termasuk dalam rangkaian pelaksanaan sholat Jum’at yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dan Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam melakukannya sebelum sholat.

Nota Hijau/: tiada sebarang alasan bagi mereka(kaum lelaki) yang tidak hadir pada solat jumaat dan solat waktu...
 

Copyright 2013 © Hijau Itu Bumi Tuhan. Design by Ayu Barbydol