Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani( Al-Faatihah 1:1 )

Sunday, July 3, 2011

pengalaman di malam hari

(gambar hiasan)

assalammmualaikumm...
entry kali ni pengalaman angah di suatu malam yang sunyi,pernah angah di ganggu oleh
makhluk halus...


pada suatu malam angah keluar lepak dengan kawan angah di taiping yang tidak jauh dari rumah angah dalam 21KM dari bagan serai ke taiping...biasa la hidup bujang kan kompom lewat malam baru sampai rumah..dalam kejadian 02:45 pagi yang semua orang sedang diulik lena yang panjang di temani oleh mimpi indah kan angah baru ja keluar dari kedai makan tersebut dengan kawan-kawan angah 2...



macam biasa la masuk kereta start enjin, biar 5minit bagi enjin dalam keadaan yang panas...sambil dengar radio di malam hari kan"perghhh best pulak lagu malam ni kan(sambil bercakap dalam hati) setelah enjin pun panas,lalu mula la perjalanan angah pulang ke rumah...



setelah keluar dari kedai makan tersebut dengan hati yang seronok bila dapat jumpa dengan kawan-kawan yang sekian lama tak jumpa kan,memang best la..dalam malam yang sunyi lagi gelap di suatu kawasan yang gelap dan berkabur macam orang tua cakap embun pagi yang sejuk..sampai aircond pun tak pasang punya la sejuk kan...tiba di suatu tempat yang tiada kelibat kereta lalu di kawsan tersebut...



dalam hati duk fikir nak balik besok nak kerja,tu saja yang bermain di kepala otak angah tu..bukan apa badan letih kan sure la nak tidur kerja nya..sebab keesokan hari nak kerja,nanti lambat tidur ,lambat bangun pulak...



semasa lalu di suatu tempat yang di katakan agak seram jugak kan..bila sampai di kawasan tersebut,tiba-tiba bulu roma angah berdiri dengan pantas, rasa macam ada benda yang tak diundang, berada disekeliling angah ni..dalam keadan yang mengantuk semasa drive, tiba-tiba angah terpandang satu lembaga serba putih sambil medukung anaknya menintas di hadapan kereta angah,tak sempat nak megelak dari lembaga tersebut,lalu terlanggar la lembaga itu..semasa lembaga itu menintas angah terpandang jelingan mata beliau yang agak seram sangat..angah hanya sempat cakap "YA ALLAH"aku terlanggar orang pulak....jantung bergerak lebih pantas dari yang normal...sangat takut angah ketika itu, sebab terlanggar orang lalu tadi, berhenti sekejap nak tengok benda yang angah langgar tu tengok-tengok tak ada orang pulak tak cakap banyak terus pergi tinggal tempat kejadian tersebut,



setelah angah terus pergi dengan laju nya,tiba-tiba angah terpandang di side mirror belakang ternampak lembaga tersebut berada di dalam kereta,bedebar-debar angah bila pandang muka beliau yang pucat seperti mayat...angah dalam keadan separuh sedar ,sambil angah menbaca ayat-ayat suci al-quran...selepas membaca ayat-ayat al-quran lembaga tersebut pun menhilangkan dirinya dari pandangan angah,”alhamdulilah la lembaga tersebut hilang dari pandangan”...terfikir sambil tengah drive macam mana lembaga tersebut boleh ganggu angah sedang kan,angah tak ada niat pun nak kacau lembaga tersebut(sambil terfikir) baru la angah teringat yang air sembanyang angah sudah batal...



lalu dengan pantas angah cari masjid untuk ambil air sembanyang yang batai tadi, setelah sampai di masjid angah rehat kan badan sekejap dalam 10 minit kemudian angah ambil air sembanyang kembali untuk teruskan perjalanan pulang kerumah...alhamdulilah la selamat sampai ke rumah angah dalam keadaan yang seram sejuk...



sampai sekarang angah tertanya-tanya siapakah lembaga yang serba putih itu..??



p/s: jangan la kita lupa ambil air sembanyang sebelom kita keluar dari rumah kita...kerna jin dan syaitan akan sesatkan anak cucu adam ...pengalaman dalam hidup angah pada tahun lepas...

12 comments:

Yatt S. said...

mak oii seramnya. selalu ingat cerita macam ni dalam drama je. kalau jadi kat saya, mesti macam nak meletup jantung. tak dan nak cari masjid.

Mengubat Hati Luka

Aiman Ariffin said...

Ya Allah, so scary! This is the first time I'm reading a real experience exactly e same in a movie! :(

Okla, lain kali amik air sembahyang sebelm kluar rumah. thanx for the tip!

DHIQA nA.IM said...

bagan serai kg dhiqa jugak !kt parit mentara 3

.M.E.A.S.M.Y.S.E.L.F. said...

angah~ takutnya angah~ betul2 ke main2 ni angah~ aduh! angah wat orang takut ni~ seram sejuk dah

ady said...

pergh..serem meyh bace tengah mlm cenggini.klu aku la kat tempat ko, xtau la

Fatini said...

gulp ...

cik.eica said...

ermmmm seram , tp best sb skurang2 ada pengalaman :PP

shida anwar said...

ayot meremang bulu roma..

Pendamba Mawar said...

meremang den

Farrah yong said...

seram la angah . ish !! nasib tak baca tangah2 malam ;(

{[[ D.a.r.E ]]} said...

nasib baik . sebelum ni duk kluar malam takde lg la kena usik . hihihi . mintak jauh la weh ! tak sanggup ! hahaha .

nurhamizatulzullraooh said...

Seram juga meremang bulu roma along..he.he patutla berapa hari tak keluar ni sebabnya bagitau mama he.he

 

Copyright 2013 © Hijau Itu Bumi Tuhan. Design by Ayu Barbydol