ASSALAMMAULAIKUM...
Bismillahirrahmanirrahiim…
Bismillahirrahmanirrahiim…
“Bagi saya,sambutan Maulidur Rasul ini sepatutnya kita iringi dengan pertandingan membaca al-quran,berzikir beramai-ramai,dan tetapkan pada pelajar-pelajar dengan pakaian menutup aurat.Bukan seperti yang dicadangkan tadi.Langsung menyimpang dari jalan islam yang sebenar,”
Bantah saya tatkala mesyuarat Persatuan Pelajar-Pelajar Islam(PPI) berbincang untuk mengadakan Sambutan Maulidur Rasul dalam sebuah sekolah yang pernah saya bergelar warganya.
Pedih hati tatkala salah seorang pelajar mencadangkan untuk diadakan nyayian sambil menari,pertandingan fesyen wanita(langsung terdedah semuanya!),dan pertandingan melukis poster dalam kumpulan bercampur lelaki dan perempuan kemudian disokong oleh guru yang mengendalikan perogram tersebut!
Pendek kata,hanya saya seorang sahaja dalam ahli-ahli mesyuarat yang tidak setuju dengan acara tersebut.Bahkan guru yang mengendalikan mesyuarat juga bersuara kepada saya,”Sempena Maulidur Rasul ini,sepatutnya kita kena bagi mereka seronok dan ‘enjoy’ program kita,bukan biarkan mereka bosan…Lagipun,cikgu pun bosan juga..”
Amat mendukacitakan!Bagaikan kini sudah tenggelam segala yang diamalkan islam.Dunai kini sudah kelam dari segala yang diamalkan Rasulullah.Sekalipun tatkala menjelang hari ulangtahun kelahiran Baginda!
“Kalau waktu marah,dari mulut saya ni keluar aje perkataan ape pun.Nak mencarut ke,bodoh tak bodoh ke,bengong tak bengong ke,dah marah,keluar je la…”
Selamba!Ingat!Antara punca seseorang menuju jalan yang keluar dari islam adalah bermula dengan semua ini.Jangan ambil mudah.Ingatlah!Rasulullah tidak akan gembira seandainya keadaan terus menerus terbentuk ke arah jalan yang amat meyimpang dari landasan agama islam.
Namun,kesimpulannya,menuntut ilmu adalah Fardhu Ain dalam Islam.Dan perlulah kita bajai dengan ilmu-ilmu Fardhu Kifayah yang lainnya.Sebaiknya,sempena Maulidur Rasul ini,tanamkanlah sifat ingin mencontohi Baginda,merintihlah atas dosa-dosa yang lalu.Sesungguhnya….
“Merintih atas dosa-dosa yang lalu itu lebih baik dari membuat seribu amal kebajikan….”
Andaikan semua umat islam mengamalkannya,pasti akan hidup suasana islam yang syumul..Dan apabila Rasulullah melihatnya,pasti Baginda gembira..
Justeru itu,sunnah Baginda kita ikuti,yang tidak disukai Baginda,kita jauhi..
Akhirnya,sempena Maulidur Rasul ini,saya akhiri dengan sebuah sajak bertemakan Maulidur Rasul..Semoga kita beroleh manfaat darinya…Seterus terus berjuang menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini…
MAULIDUR RASUL….
Saban tahun kita menyambutnya..
Majlis disambut umat sedunia..
Dihiasi dengan pelbagai acara..
Terus menjulang di persada dunia..
MAULIDUR RASUL..
12 Rabiul Awal menjadi tarikh pilihan..
Sambutan kelahiran seorang insan..
Kekasih Allah sepanjang perjuangan..
Menegakkan agama di tangga kemuliaan..
MAULIDUR RASUL..
Kelahiran seorang Rasul dan Nabi..
Menghambakan dirinya terhadap Ilahi…
Wataknya memperlihatkan nilai insani…
Kekasih Ilahi yang akhlaknya sentiasa disegani…
MAULIDUR RASUL…
Sehingga kini namanya terus menjulang…
Bangsa,negara dan pengikutnya berbilang…
Namun kini apa yang jadi sunnahnya terus menghilang..
Bersilih ganti dengan kesesatan dalam dunia yang terus walang..
MAULIDUR RASUL…
Kini tiada lagi cahaya nur Imani..
Yang dahulunya terang menyinari kehidupan Nabi..
Namun kini yang ada hanyalah gelap yang menghitami..
Hati yang Pencipta dirinya tidak lagi ditakuti..
Maulidur Rasul sambutannya kini dipenuhi..
Pelbagai saat yang melalaikan…
Umpama kejayaan yang dahulunya dibanggakan..
Namun kini jatuh tiada kebangkitan…
Tiada lagi yang dapat menghidupkan kelopak iman…
MAULIDUR RASUL…
Terus kelam dari dunia keinsafan..
Untuk memperingati perjuangan seorang insan…
Yang ketika ajalnya menjemput …….
Yang meniti di binirnya hanyalah…
“Ummatku…Ummatku…Ummatku..”
Kecintaannya kepada ummah tidak berbelah bahagi…
Namun kini sebaliknya pula yang terjadi…
Kecintaan kepada Nabi tidak lagi terisi..
Bahkan ruang Islami telah dikosongi..
JUSTERU ITU…
Marilah kita bermusahabah diri…
Menanamkan rasa kecintaan kepada Nabi…
Sehingga mati terus abadi..
Ayat Ilahi dan juga Nabi..
Sebagaimana Nabi mengingati kita sehingga wafat..
Sebegitulah juga namanya kita ingati..
Sehingga ke hujung hayat..
Marilah kita bermusahabah diri…
Memperjuangkan Kalimah Allah sehingga mati..
Agar terus terjamin kehidupan kita nanti…
Bahagia di dalam syurga kekal abadi…
Sekian,semoga beroleh manfaat…
DARIPADA ANGAH AND FAMILY
4 comments:
nice one boss.. i like.. ;))
ok2 like byk2 pow xpa..
hehhe
ya ka? buleh3.. ;)
leh ja bro..hahah
Post a Comment