Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani( Al-Faatihah 1:1 )

Wednesday, August 31, 2011

open house di rumah sendiri

assalammualaikum....

selamat hari raya semua...

sebut pasai raya semua seronok nak buat open house kan termasuk angah sekali...heheheh
buat tak banyak mana pun sekadar open house biasa-biasa ja kan...
mai tengok gambar yang angah sedia kan ni..perghhhhh sedappppppppppp gila sure korang teringin nak makan kan...hahahaha


mee yang belom rebus


bahan-bahan mee kari..


kuah mee kari...


ni la hasil nya open house hari ni makan mee kari special ni dari bagan serai...

kuih-kuih raya  pun turut ada sekali kan..tak sah kalau tak ada kuih raya di atas table kan...
baru la hari raya kan...hehehe

antara retis yang hadir open house angah hari ni



1.KSP 
4.al

p/s: alhamdulilah la semua nya berjalan dengan baik sekali...

Monday, August 29, 2011

persiapan hari raya

assalammualaikumm

di malam hari raya ni semua umat islam sedang sibuk membuat persiapan hari raya yang menjelang keesokkan hari je lagi..mesti semua tak sabar nak menyambut hari raya kan..

ni ada sedikit gambar yang tak seberapa ni sejak petang tadi yang baru siap kan..


rendang daging panas lagi..


lemang buatan sendiri


kuah kacang yang sedap..


nasik himpit siap bungkus..


p/s: kalau korang nak rasa buatan angah sendiri mai la rumah naa..:D selamat hari raya aidilfitri buat semua yang sudi singgah di blog angah nie..nantikan entry raya pertama besok..

Sunday, August 28, 2011

kad raya

assalammualaikum..
semua pembaca blog Hijau Itu Bumi Tuhan hari ni angah ada buat kad raya yang tak seberapa nie just edit sikit lepas tu siap kan...hehehhe



bukan angah lupa pada tradisi kita semua kan..
tapi ingatan dari angah untuk semua kan..
yela sebab da tak dan nak pos kad raya ni..
angah sibuk sekarang ni..

selamat hari raya aidilfitri
maaf,zahir & batin(ada ke)

p/s: maaf sekali lagi kalau ada terlanjur kata,bahasa,gurauan kan..harap maaf la angah dan sekeluarga..:D

Sunday, August 21, 2011

musibah sebelom waktu berbuka puasa

assalammualaikum....

entry kali nak cerita sedikit pasai event berbuka puasa di kuala kangsar tadi la...dalam perjalanan ke lokasi berbuka di kuala kangsar tadi...ternampak pemongcing motosikal terlibat dalam 1 kemalangan di kawasan padang rengas kuala kangsar...yang mebabitkan 2 motosikal dari arah yang sama..kesalahan yang di nampak depan mata adalah penunggang motosikal legenda merempuh motsikal ex5 yang mebawa anak nya di sebelah kanan nya...dari arah yang sama dengan kami semua lalu tadi..
penunggang motosikal legenda tersebut jatuh di sebelah kiri kereta(kereta yang dipandu oleh angah sendiri)
penunggang motosikal tersebut lagi 1 kaki nak kena tayar kereta yang dipandu kami...alhamdulilah la sempat lagi megelak dari di langgar mangsa kemalangan tersebut....sampai kereta yang di pandu kami tadi hampir terkena batu di bahu jalan dekat kawasa tersebut...uhuhuhu
kalau tak mengelak sure la...subhanALLAH la mintak simpang la malaikat 44 la..naik seram sejuk la di buat nya aku kan...mau tak seram sejuk kan...kejadian di depan mata nie...uhuhuhu
selepas 2 angah dan kekawan terus keluar dari kereta yang dipandu tadi..uhuhuhu untuk melihat apa yang terjadi tadi kan..bila sampai di tempat kejadian tersebut nampak mangsa kemalangan yang di langgar oleh penunggang motosikal legenda itu mengedik2 kesakitan macam ikan yang di angkat dari air nya..
maybe mangsa motosikal ex5 2 patah riuk kot sebab angah jadi takut sekejap...nak tolong pun tak boleh sebab takut jadi apa2 pada mangsa kan buta ja kena saman oleh pihak tertentu kan...
sampai sekarang angah rasa seram sejuk bila teringat kejadian tadi...
sejak kejadian tersebut angah terus drive slow saja..


nota angah : harap2 perkara yang tadi tidak berulang lagi di masa yang akan datang...kalau boleh tak mahu lagi jadi macam dekat korang semua...

Thursday, August 18, 2011

buzy

assalammualaikum...

entry kali nie angah baru nak start balik blogging ni...yela angah buzy dengan kerja2 kan...tap alhamdulilah la..masih diizinkan allah untuk angah blogging lagi kan(cakap macam da nak mati da kan) kerja tak tentu masa la..tapi alhamdulilah la bulan puasa ni ada jugak masa lapang selepas berbuka,siang buzy dengan kejaya kan...malam pulak letih so lepas tarawih ni terus tarik selimut kan...hahahah

ok la angah nak pergi berbuka di masjid nie...biasa la hidup bujang kan...hahahah memang bujang pun belom kahwin lagi kan...

selamat berbuka puasa semua...

Wednesday, August 17, 2011

SALAM NUZUL AL-QURAN


assalammualaikum...

entry ringkas untuk hari ini...sempena nuzul al-quran yang jatuh pada hari ini bertarikh 17 ogos 2011 bersamaan 17 ramadhan 1432 hijrah...belom terlambat lagi kan nak ucapkan SALAM NUZUL AL-QURAN ni kan...

selamat menyambut nuzul al-quran kepada semua..



"SESUNGGUHNYA TELAH DATANG KEPADA KAMU CAHAYA (NABI MUHAMMAD) DARI ALLAH DAN KITAB YANG MENERANG (AL-QURAN). KITAB ITULAH ALLAH MENUNJUKI ORANG-ORANG YANG MENGIKUTI KEREDAAN-NYA KE JALAN KESELAMATAN, (DAN DENGAN KITAB ITU PULAK) ALLAH MENGELUARKAN ORANG-ORANG ITU DALAM KEGELAPAN KEPADA CAHAYA YANG TERANG BERNDERANG DENGAN IZIN-NYA DAN MENUNJUKI MEREKA KE JALAN YANG LURUS."

SURAH AL-MAIDAH. AYAT 15-16


salam nuzul al-quran dari angah untuk semua..


Monday, August 8, 2011

permainan semasa zaman kekanakkan lagi...



assalammualaikum...

entry kali angah nak cerita sedikit zaman kanak-kanak 2..sebelum itu angah nak wish sekejap la pasai bulan puasa yang tak lama lagi nak raya kan..selamat menjalani ibadat berpuasa,ibadat tarawih di bulan yang mulia ini..

ok!petang tadi angah pergi ke suatu tempat kan..angah ternampak keriangan yang ada pada kanak-kanak tersebut yang bermain "penutup botoi or tudung tin" yang menjadi kegilaan semasa zaman kanak-kanak lagi...permainan yang sangat best kan..

sapa yang paling tinggi point dia kan..dia la raja tudung tin ni..sampai ditakuti oleh golongan yang baru nak UP kan...sapa lagi kalau bukan owner blog ni yang jadi raja tu..HAHAH

bila lihat budak-budak tu bermain,macam nak join duduk sekali kan...bukan apa angah takut gelaran KING OF TUDUNG TIN jatuh di tangan angah kan...HAHA tapi itu semua hanya tinggal kenangan di zaman kanak-kanak kan..sebab angah sudah besar dari budak-budak tersebut rasa malu pulak nak join sekali..nanti orang cakap angah ni akal budak-budak lagi...yang tu buat panas teliga kan...HAHAH 

bila budak-budak itu bermain pun sudah cukup seronok kan...walaupun tak berJOIN sekali main dengan budak-budak itu..



ihsan dari google


p/s: sapa yang biasa main tudung tin 2 tahu la nikmat nya..

Sunday, August 7, 2011

tips nak hilang sengal-sengal di badan kita semua...

gambar hiasan dari google

assalammualaikum....

entry kali ni angah nak share serba sikit tips nak buang angin dalam badan kita..

kebanyakkan la manusia sekarang selalu kena sengal2 kan...

cara-cara nak hilang kan sengal2 ni..


  1. ambil air suam tidak terlalu sejuk sangat,selepas itu rendam bahagian yang sengal 
  2. ambil halia yang mentah sapu bahagian yang sengal tersebut,basuh dahulu dengan bersih kemudian baru la sapu halia tersebut ke tempat yang sengal tadi...
  3. minum air halia(halia baru),hancur kan halia tersebut rebus macam biasa la..guna sampai tidak ada rasa halia lagi...
  4. kalau nak lagi elok kan..berendam dalam kolam air panas yang di ulu lenggong,baling yang paling dekat dengan angah...

ok la serba sikit yang angah tau ni...
selamat mencuba korang semua...angah da try hasil nya terbaik,..:D

p/s: angah dapat dari orang asli yang berhampiran dengan angah..

Wednesday, August 3, 2011

Tuesday, August 2, 2011

taiping di serang gengster

assalammualaikum....

di petang selasa yang indah ini sebelom berbuka kan...:D
entry kali ni angah nak cerita pasai blogger perak yang turun lepak sebelom puasa...
macam entry sebelom ni SINI ,SINI

semua di planning oleh reena sendiri...yela sebab dia kan betapa di kajang sekarang ni kan....hahahhah

tiba hari dating tersebut kan..

masing datang di taiping berkumpul di TS terus...aku siap parking orang tak mau bagi aku parking la..tension betoi la..hahhaha orang lain semua da dapat parking TS tu..aku je la keseorangan di dalam EVO III aku ni..hahahhaa(EVO la sangat kan padahai wira pekak ja)

pas tu kami semua pergi menyumbang kan lagu di karoke di TS tu...
hahaha
mai layan gambar yang disnap oleh mereka..:D
aku pun ada jugak snap gambar retis jugak...heheheh



hanya yang ni ja aku ada gambar ini...hahahah
 pas 2 pergi ke rumah reena retis yang tidak jauh dari kawasan TS tu kan...

siap snap gambar lagi...hahahahah yang terbaik untuk semua..:D
snap secara paksa beramai-ramai...


gambar ni aku suka la sebab ala-ala gengster gitu...
hahahah

antara retis yang hadir kan..
7.ain

p/s: mula-mula nak lepak sekejap ja kan...tak sangka pulak area ipoh nak join sekali...so jadi mini gath la...wakakakak  kepada yang tak join 2 rugi sangat la....
 

Copyright 2013 © Hijau Itu Bumi Tuhan. Design by Ayu Barbydol